Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya para penghuni syurga itu akan melihat kepada penghuni lain yang berada di kedudukan paling tinggi (ahlul ghuraf) sebagaimana kamu melihat bintang yang bersinar amat terang yang dilihat kecil (kerana teramat jauhnya) di ufuk timur atau barat. Hal ini kerana adanya perbezaan keutamaan di antara mereka.”

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu kedudukan para nabi yang tidak akan mampu diraih oleh selain mereka?”

Baginda menjawab: “Benar, tapi demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, kedudukan itu boleh diraih juga oleh mereka yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya & membenarkan para rasul-Nya dengan sebenar-benarnya.”

[Riwayat al-Bukhari no. 3256 & Muslim no. 2831]

Petikan daripada:

“Ringkasan Riyadhus Solihin”. Bab: Balasan Orang Mukmin di Syurga, ms. 515-516. Disusun oleh Imam Nawawi, diringkaskan oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2010.

Advertisements