Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya agama Islam itu mudah. Tidak ada seseorang yang memberatkan diri dalam melaksanakannya, melainkan dia akan menjadi beban baginya. Perelokkanlah kamu dalam mengerjakan ibadah & berusahalah untuk selalu memperbetulkan dalam mengerjakannya. Sampaikanlah khabar gembira (dengan adanya pahala yang besar bagi mereka yang bersahaja & berterusan dalam beribadah). Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan melakukan ibadah di pagi hari, petang hari, & malam hari.”

[HR Bukhari, No.39]

Petikan daripada:

“Ringkasan Riyadhus Solihin”, bab “Takwa, Istiqamah & Bersederhana Dalam Ketaatan & Memelihara Sunnah”, ms. 251-252. Disusun oleh Imam Nawawi, diringkaskan oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Terbitan Telaga Biru, 2010.

Advertisements