Daripada Jabir r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melalui sebuah pasar, sementara orang ramai mengelilingi beliau di kiri kanannya. Baginda lalu mendapati bangkai seekor anak kambing yang berdaun telinga kecil (tuli).

Baginda lalu memegang telinga kambing tersebut lalu bertanya, “Siapakah daripada kamu yang mahu menukarkan kambing ini dengan wang satu dirham?”

Para sahabat menjawab, “Kami tidak mahu menukarnya dengan sesuatu pun, kerana tidak ada manfaat yang boleh kami ambil daripadanya.”

Baginda bersabda, “Mahukah kamu memiliki kambing ini?”

Para sahabat menjawab, “Demi Allah, sekiranya kambing tersebut masih bernyawa, tentu merupakan suatu aib bagi kami, kerana dia berdaun telinga kecil, apalagi sudah menjadi bangkai!”

Baginda bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya di mata Allah, nilai dunia itu lebih rendah daripada nilai bangkai kambing ini di mata kamu.”

[HR Muslim, no. 2957]


Dipetik daripada:

“Ringkasan Riyadhus Solihin”, bab “Kelebihan Zuhud dan Warak”, ms. 339-340. Disusun oleh Imam Nawawi, diringkaskan oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Terbitan Telaga Biru, 2010.

Advertisements