Daripada Nu’man bin Basyir r.a., beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Sesungguhnya yang halal itu sudah jelas & sesungguhnya yang haram juga sudah jelas. Di antara keduanya terdapat hal yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang memelihara diri daripada syubhah, bererti dia telah memelihara agama & kehormatannya. Sesiapa yang terjatuh ke dalam syubhah, bererti telah terjatuh ke dalam yang haram.

Hal ini seperti seorang pengembala yang mengembala ternakannya berhampiran padang ragut terlarang, yang dikhuatir ternakannya itu memasuki padang ragut terlarang tersebut.

Ketahuilah bahawa setiap penguasa memiliki larangan. Ketahuilah juga bahawa larangan Allah itu adalah semua hal yang diharamkan oleh-Nya.

Ketahuilah juga olehmu bahawa dalam jasad manusia itu terdapat segumpal daging yang jika ia baik, maka akan baiklah seluruh jasadnya, & jika ia buruk, maka akan buruklah semua jasadnya, ketahuilah ia adalah hati.'”

[Riwayat al-Bukhari no.52 & Muslim no.1599]


Dipetik daripada:

“Ringkasan Riyadhus Solihin”, bab “Kelebihan Zuhud dan Warak”, ms. 340-341. Disusun oleh Imam Nawawi, diringkaskan oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Terbitan Telaga Biru, 2010.

Advertisements