Syeikh Muhammad al-Ghazali menyatakan:

“Apabila kamu ingin memelihara kebenaran & menentukan batas-batasannya, kamu sepatutnya terlebih dahulu mengetahui kebenaran itu & pelbagai perkara yang berkaitan dengan kebenaran tersebut.

Kamu mungkin menimbulkan persoalan kenapa perkara-perkara ini begitu penting? Kenapa tidak mengetahui pelbagai perkara yang berkaitan dengan sesuatu kebenaran itu akan merosakkan & tersalah kefahaman mengenai kebenaran tersebut?

Jawabnya: Pengetahuan yang sempurna pasti memiliki batas-batasannya. Oleh itu, pengetahuan kamu berkenaan sesuatu perkara itu tidak akan pernah sempurna kecuali kamu benar-benar mengetahui perkara-perkara yang lain berkenaan dengan kebenaran tersebut atau yang menyerupai dengannya.

Oleh itu, orang-orang terdahulu pernah mengungkapkan sesuatu perkara itu boleh diketahui daripada perkara yang bertentangan dengannya.”[i]

Nota kaki daripada buku:

[i] Al-Ghazali, Muhammad. Jaddid Hayatak!: Petunjuk Islam untuk Hidup Lebih Tenteram & Bahagia (Jakarta: Penerbit Zaman, 2015), hal. 451.


Dipetik daripada:

“Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat”. Bab 2.0: Beberapa Noktah Penting, ms. 4. Ditulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Terbitan Pustaka Cahaya Kasturi, 2016.

Advertisements