Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda, maksudnya:

“Tujuh golongan yang Allah SWT akan menaungi mereka di bawah naungan-Nya yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya, iaitu: imam yang adil; pemuda yang taat beribadah kepada Allah SWT; orang yang hatinya selalu terikat dengan masjid; dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, sehingga bertemu & berpisah juga kerana-Nya; lelaki yang diajak seorang wanita cantik untuk berbuat maksiat, namun berkata: ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah,’; orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya; & orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sepi sehingga berlinang air matanya.”

[HR al-Bukhari, no.1423 & Muslim, no.1031]


Dipetik daripada:

“Ringkasan Riyadhus Solihin”, bab “Hak-Hak Kaum Muslimin & Hal-Hal Yang Berkaitan Dengannya”, ms. 376-377. Disusun oleh Imam Nawawi, diringkaskan oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Terbitan Telaga Biru, 2010.

Advertisements