Daripada Anas r.a., daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda, maksudnya:

“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, nescaya dia akan merasakan manisnya iman, iaitu: Allah & Rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain keduanya, mencintai atau tidak mencintai seseorang kerana Allah, & benci kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana tidak sukanya jika dicampakkan ke dalam neraka.”

[HR al-Bukhari, no.16 & Muslim, no.43]


Dipetik daripada:

“Ringkasan Riyadhus Solihin”, bab “Hak-Hak Kaum Muslimin & Hal-Hal Yang Berkaitan Dengannya”, ms. 376. Disusun oleh Imam Nawawi, diringkaskan oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Terbitan Telaga Biru, 2010.

Advertisements